Thursday, May 12, 2011

Aku dah dewasa.

Aku mungkin akan bakal menjadi dewasa sedikit lebih pada esok hari.
Kenapakah?
Sebab aku nak pergi mencari kerja separuh masa di KLCC.
Kalau ada rezeki, aku nak kerja yang 1jam RM8. (Wah!! Demanding bagai.)
Malas memang malas. Aku takut penat je.
Ye lah kan. Aku nak bekerja sambil belajar.
Pagi penat otak, petang penat otot.
Bagaimanakah aku nanti?
Mungkin aku patut menjadi street dancer.
Hari rabu yang lepas, aku tak terlepas untuk menonton Showdown2011.
Aku sangat suka paling sangat sangat sangat dengan HMC Phlow.
Kedua suka, EleColdXHot.
Dennis dan Faruq sangat comel~~~
Great dancers make me go woohoo!!
Weh! Pening kepala weh!!
Tak cukup tidur....
Lepas ni nak sambung tengok cerita Salt.
Aku ingat lagi time belajar kimia.
Kan ada subjek pasal Salt.
Aku selalu gelak sorang2 sebab aku dengar SALT tu macam bunyi "SODD" a.k.a huruf jawi yang ke(kira jap) 14.
Cop! Aku nak kerja ni tapi belum bagitahu mak lagi.
Cemano den nak buek ni??
Den tak suko nak membongak.
Maaf maaf maaf!!

Kehadapan Emak,(sekiranya emak membaca blog ini)
Orang nak pergi mencari kerja.
Doakan orang dapat kerja yang bagu dan halal.
Dan 1jam RM8.
Orang sayang mak selamanya~
TEEHEE~~
Yang selalu menyusahkan dan mem"belor" je kejenye,
Anak mak nombor dua yang paling sangat comel di dunia.

No comments: