Aku nampak, aku tahu
Segala yang berlaku
Aku pilih untuk diam
Tegakku dalam qiam
Hitam putih warna warni
Spektrum cahaya tujuh terbahagi
Indah segala yang kelihatan
Mata mencerlang keriangan
Walau segala dapat dirakam
Mulut terkatup terus bungkam
Dari aku berbicara
Baik aku amati sahaja
Kerna mulut badan binasa
Hilang pahala bertambah dosa
Biar busuk perut kau dengan simpanan yang buruk
Biar sampai bernanah
Biar dipijak, biar kewujudan kau terceruk
Diamkan jangan kau sebarkan fitnah
Jaga aibku
Dan Dia kan jaga aibmu.
No comments:
Post a Comment